Wednesday 4 May 2016

PBB sentiasa membela nasib dan masa depan Bumiputera Sarawak

May 04, 2016

HIDUP BARISAN NASIONAL!
Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah
memberi ucapan.
ASAJAYA: Perjuangan PBB tidak pernah menyimpang dari membela nasib dan masa depan Bumiputera Sarawak.

Ahli Majlis Tertinggi PBB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata ada banyak bukti yang menunjukkan parti tersebut sentiasa berusaha untuk memperbaiki kehidupan Bumiputera Sarawak.

Selain dari itu, tambah beliau lagi, ketika berucap di Majlis Jelajah Jalinan Mesra N15 Asajaya di Kampung Serpan Ulu pagi tadi, PBB turut berusaha untuk menyatupadukan Bumiputera Sarawak kerana pepecahan dikalangan Bumiputera Sarawak hanya akan menyukarkan sebarang usaha untuk membela nasib dan masa depan mereka.

Sebahagian daripada hadirin.
Menurut beliau, perkara yang sama tidak boleh diperkatakan tentang pihak lawan di DUN Asajaya yang mana penubuhannya berkisar tentang pembebasan seorang individu dari penjara.

Abdul Karim berkata mungkin atas sebab itu parti lawan hanya tahu menghasut rakyat agar menentang Kerajaan Barisan Nasional Sarawak.

JANGAN KITAK BINGUNG.
Oleh itu, ahli Majlis Tertinggi PBB berharap rakyat akan dapat membuat penilaian yang teliti sebelum membuat keputusan tentang siapa yang hendak dipangkah ketika mengundi kelak.

Abdul Karim menyempurnakan majlis penyampaian sumbangan Sentuhan Kasih, yang disumbangkan oleh Pergerakan Wanita PBB Asajaya, kepada penduduk kampung.

Sebahagian daripada hadirin.
Selepas selesai majlis, beliau menghadiri majlis yang sama di Kampung Moyan Ulu.

Hari mengundi untuk pilihanraya Sarawak ialah pada Mei 07 ini. -@ybkarimsays

Kampung Serpan Ulu





Kampung Moyan Ulu

















No comments:

Post a Comment