Monday 2 May 2016

Para pengundi digesa turun mengundi walaupun DUN Asajaya kawasan putih

May 02, 2015 


ASAJAYA: Para penyokong Barisan Nasional diingatkan agar tidak mengambil mudah pilihanraya negeri Sarawak walaupun DUN Asajaya dilihat sebagai kawasan putih.

Sebahagian daripada para hadirin.
Ketua Cawangan PBB Asajaya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata walaupun tanggapan bahawa Barisan Nasional akan menang di DUN Asajaya menggembirakan, tetapi pada masa yang sama ia juga membimbangkan kerana ia boleh menyebabkan ramai pengundi enggan turun mengundi disebabkan mereka merasakan Barisan Nasional pasti menang.

Sebahagian daripada para hadirin.
Beliau berkata, ketika berucap di Majlis Jelajah Jalinan Mesra N15 Asajaya di Kampung Tambirat petang tadi, sebaliknya para pengundi DUN Asajaya seharusnya melihat tanggapan tersebut sebagai dorongan untuk memberi kemenangan yang bergaya kepada Barisan Nasional.

Sebahagian daripada para hadirin.
Abdul Karim menambah kemenangan dengan majoriti yang besar hanya akan dapat dicapai sekiranya semua penyokong Barisan Nasional keluar mengundi.

Sebahagian daripada para hadirin.
Beliau berkata sekiranya dapat dilakukan, ia akan memberi mesej yang amat jelas kepada pihak pembangkang bahawa warga DUN Asajaya menolak kehadiran mereka.

Sebelum majlis bersurai, Abdul Karim menyempurnakan upacara penyampaian sumbangan, bagi pihak Pergerakan Wanita PBB Asajaya, dan hadiah cabutan bertuah. -@ybkarimsays
  

No comments:

Post a Comment