Sunday 1 May 2016

Kejayaan tak datang bergolek tanpa adanya perpaduan

May 01, 2016

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah serta isteri beliau Datin Zuraini Abdul Jabbar bergambar dengan bayi yang berpakaian Barisan Nasional

ASAJAYA: Perpaduan yang telah sekian lama memberi kebaikkan kepada Kampung Sebandi Ulu hendaklah dijaga dengan baik.

Ahli Majlis Tertinggi PBB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, ketika berucap di Kampung Sebandi Ulu pagi tadi, berkata kejayaan untuk memenangi anugerah Kampung Wawasan di peringkat nasional pada tahun lepas bukannya satu kejayaan yang berlaku secara kebetulan tetapi hasil daripada usaha gigih semua penduduk kampung.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah serta isteri beliau Datin Zuraini Abdul Jabbar bergambar dengan kanak-kanak yang berpakaian Barisan Nasional
Beliau berkata tanpa adanya perpaduan dikalangan penduduk kampung, amat sukar untuk anugerah Kampung Wawasan dimenangi oleh Kampung Sebandi Ulu.

Bayi berpakaian Barisan Nasional bersama-sama ibunya.

Atas dasar itu, Abdul Karim, menggesa penduduk kampung agar sentiasa memastikan tiada anasir-anasir luar yang menyelusup kedalam kampung yang bertujuan untuk merosakkan hubungan dikalangan penduduk kampung.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah danbpara hadirin mendoakan kebaikkan untuk koperasi.

Menyentuh tentang penubuhan Koperasi JKKK Sebandi Ulu Samarahan Berhad, beliau memuji usaha tersebut.

Beliau berharap koperasi tersebut akan turut melaksanakan tangungjawab sosialnya dengan melakukan aktiviti-aktivit berunsurkan pembangunan insan dengan pihak sekolah ataupun belia-belia d kampung. -@ybkayimsays









No comments:

Post a Comment