Friday 6 May 2016

Kampung Asajaya Laut alami banyak perubahan

May 06, 2015

BARISAN NASIONAL DIHATI!
ASAJAYA: Kampung Asajaya Laut telah mengalami banyak perubahan dari pelbagai sudut, kata Ahli Majlis Tertinggi PBB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menurut beliau, mungkin generasi muda tidak menyedari ataupun mengetahui perubahan-perubahan yang telah berlaku yang sedang memberi keselesaan kepada mereka, tetapi generasi tua amat mengetahui pahit getir sebelum tibanya arus pembangunan di kawasan Asajaya.

COMEL: Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah meyentuh pipi seorang kanak-kanak sambil berbual dengan ibunya.
Abdul Karim, ketika berucap di Program Berambeh Anak Muda Sarawak di Kampung Asajaya Laut petang tadi, berkata sebelum ini kawasan Asajaya adalah kawasan yang mudah mengalami banjir.

Walau bagaimanapun, tambah beliau lagi, setelah Kerajaan Barisan Nasional Sarawak berbelanja berjuta-juta ringgit untuk membuat perubahan keatas sistem pengairan, masalah banjir bukan lagi menjadi satu kejadian yang biasa berlaku.

Sebahagian daripada hadirin.
Beliau turut memberitahu hasil dari usaha yang memakan belanja berjuta-juta ringgit tersebut, jalanraya telah dapat dibina untuk menghubungkan kampung-kampung dengan kawasan diluar Asajaya.

Abdul Karim kemudiannya berkata selain daripada arus pemodenan yang dibawa masuk ke dalam kawasan Asajaya dengan menggunakan jalan-jalan yang telah dibina, rumah-rumah ataupun bangunan-bangunan seperti dewan masyarakat dapat dibina di tanah-tanah yang suatu ketika dahulu sering kali dinaiki air.

Datin Zuraini Abdul Jabbar menyampaikan hadian juara futsal kategori wanita kepada wakil pasukan.
Atas dasar itu, beliau menyeru penduduk Kampung Asajaya Laut agar tidak terpedaya dengan dakyah-dakyah dari pihak pembangkang yang hanya tahu memperbesar-besarkan isu kecil semata-mata untuk meraih undi seolah-olah Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah membawa sebarang perubahan di kawasan Asajaya.

Turut hadir dalam program tersebut ialah isteri beliau Datin Zuraini Abdul Jabbar. -@ybkarimsays


No comments:

Post a Comment