Tuesday 3 May 2016

Kalimah Allah bukan isu di Sarawak

May 03, 2016

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Tan Sri Haji Mohamad Hj Aziz (duduk - 3 dari kanan) bergambar selepas selesai Majlis Jelajah Jalinan Mesra N15 Asajaya di Kampung Sampun Gerunggang petang tadi.
Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah
berucap di Kampung Sampun Tebun,
ASAJAYA: Kebebasan mengamalkan agama masing-masing dijamin oleh Kerajaan Barisan Nasional Sarawak.

Ahli Majlis Tertinggi PBB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata penggunaan kalimah Allah bukan satu isu di Sarawak kerana dinegeri ini bebas mengamalkan agama masing-masing.

Atas dasar itu, Abdul Karim berkata rakyat Sarawak seharusnya mengambil faktor ini sebagai salah satu faktor yang boleh membantu mereka untuk menilai sumbangan yang telah diberikan oleh Barisan Nasional Sarawak.

Kegembiraan bersua rakan lama di
Kampung Sampun Baru.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Jelajah Jalinan Mesra N15 Asajaya di Kampung Sampun Tebun pagi tadi.

Beliau juga memberitahu, selain daripada memberi kebebasan mengamalkan agama masing-masing, Kerajaan Barisan Nasional Sarawak turut menghulurkan bantuan untuk mendirikan dan membaikpulih rumah-rumah ibadat.

Ketua Menteri Sarawak , Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem telah memberi jaminan masyarakat bukan Islam di negeri berkenaan juga bebas mengamalkan agama masing-masing pada tahun lepas.

Penerima sumbangan Sentuhan Kasih berbisik di telinga Datin Zuraini Abdul Jabbar di Kampung Sampung Gerunggang.
Katanya jaminan itu diberikan kepada seluruh rakyat Sarawak tanpa mengira agama dan bangsa.

"Saya memberi jaminan sebagai Ketua Menteri Negeri Sarawak yang beragama Islam, anda bebas mengamalkan agama ada seperti mana yang anda mahu, saya tidak akan memberitahu bagaimana anda harus mengamalkan agama anda," katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Surat Hak Milik Hak Adat Tanah Bumiputera.

Selepas selesai berucap Abdul Karim menyampaikan sumbangan Sentuhan Kasih, bagi pihak Pergerakan Wanita PBB Asajaya, kepada penduduk kampung.

Isteri beliau, Datin Zuraini Abdul Jabbar turut membantu beliau menyampaikan sumbangan Sentuhan Kasih.

Abdul Karim juga turut menjenguk Kampung Sampun Baru dan Kampung Sampun Gerunggang untuk menghadiri majlis yang sama.

Turut berada di Kampung Sampun Gerunggang ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Tan Sri Haji Mohamad Hj Aziz. -@ybkarimsays

Kampung Sampun Tebun










Kampung Sampun Baru











Kampung Sampung Gerunggang


































No comments:

Post a Comment