Sunday 1 May 2016

Hormati pihak lawan - Abdul Karim

May 01, 2016

PERSEMBAHAN ISTIMEWA oleh golongan istimewa dari Kampung Sambir.
ASAJAYA: Ketua Cawangan PBB Asajaya Abdul Karim Rahman Hamzah mengingatkan ahli-ahli parti dan juga para penyokong parti agar menghormati pihak lawan supaya persaingan untuk memenangi hati para pengundi akan dilakukan dalam suasana yang sihat.

Beliau berkata beliau tidak mahu wujudnya perbalahan yang akan mencemar amalan demokrasi di kawasan DUN Asajaya seperti yang berlaku diluar.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah memerhati belia-belia menukar minyak hitam motosikal.
Bahkan, ujar beliau lagi, ketika berucap di Karnival Ilmu "Latihan 1Malaysia" di Kampung Sambir petang tadi, sebaik-baiknya kemenangan Barisan Nasional hendaklah bersih daripada sebarang kekotoran akibat dari persaingan yang tidak sihat,

Menyentuh tentang pilihanraya negeri, Abdul Karim berkata para pengundi hendaklah bijak membuat keputusan.

Persahabatan yang tak dimakan dek zaman.
Beliau berkata apa jua keputusan yang dibuat hendaklah berdasarkan kepada sejarah pembangunan di kawasan DUN Asajaya kerana ianya adalah fakta yang diakui benar oleh semua pihak tanpa mengira ideologi politik mereka.

Beliau selanjutnya menambah sejarah pembangunan mampu membantu pengundi membuat keputusan yang tepat mengenai parti yang patut diundi demi pembangunan dan kemajuan di kawasan DUN Asajaya.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyaksikan persembahan kanak-kanak dari Tabika KEMAS.

Turut serta dalam majlis tersebut ialah isteri beliau Datin Zuraini Abdul Jabbar. -@ybkarimsays




[Gambar-gambar lain akan dimuatnaik dalam masa terdekat]

No comments:

Post a Comment