Friday 29 April 2016

Rakyat mesti bijak membuat pilihan -Karim

April 29, 2016

ASAJAYA: Rakyat perlu bijak dalam membuat keputusan ketika memangkah kertas undi pada Mei 07 ini.

Ahli Majlis Tertinggi PBB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata sekiranya rakyat tersilap membuat keputusan, ia akan memberi impak yang negatif keatas negeri dan negara.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Kampung Serpan Laut petang tadi.

Beliau mengakui para pengundi akan disajikan dengan pelbagai maklumat bagi tujuan membantu mereka membuat keputusan.

Sebahagian dari hadirin.

Walau bagaimanapun, Abdul Karim mengingatkan mereka agar mengupas maklumat-maklumat tersebut dengan teliti untuk mengelakkan terpedaya.

Beliau berkata dalam pilihanraya ini, apajua isu-isu yang ditimbulkan, hakikatnya ialah para pengundi berhadapan dengan isu utama iaitu parti tempatan dan parti bukan-tempatan.

Sebahagian dari hadirin

Abdul Karim berpendapat parti tempatan lebih sesuai untuk memegang tampuk pemerintahan negeri Sarawak memandangkan ia mampu mengambil keputusan bagi menjaga kepentingan negeri Sarawak tanpa perlu meminta keizinan kepimpinan di luar Sarawak.

Turut memberi ucapan ialah Ketua Ranting PBB Serpan Laut Abdullah Daraup. -@ybkarimsays



No comments:

Post a Comment