Friday 29 April 2016

Pengorbanan yang berbaloi - TYT

April 29,  2016


ASAJAYA: Pengorbanan yang berbaloi yang telah dilakukan oleh generasi tua.

Inilah kesimpulan yang dibuat oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ketika berucap di Masjid Darul Ehsan, Kampung Asajaya Laut pada pagi tadi.



Beliau merujuk kepada pengorbanan yang telah dilakukan untuk membangunkan Asajaya, khasnya; dan Samarahan, amnya.

Sebelum itu, Ahli Majlis Tertinggi PBB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, dalam ucapannya, berkata kedatangan TYT amat dialukan kerana beliau telah banyak berjaya kepada Asajaya, khasnya; dan Samarahan, amnya.

Beliau selanjutnya berkata TYT selayaknya diikhtiraf sebagai Bapa ataupun Arkitek Pembangunan Samarahan.


TYT dan Abdul Karim kemudiannya menunaikan sholat Jumaat di Masjid Darul Ehsan.

Selepas sholat Jumaat, TYT meninjau persekitaran berhampiran dengan masjid.


TYT adalah bekas Ketua Menteri Sarawak dari 1981 sehingga 2014 dan bekas DUN Asajaya dari 1987 sehingga 2001. -@ybkarimsays


















No comments:

Post a Comment