Saturday 30 April 2016

Kerjasama rakyat dan kerajaan BN patut dieratkan lagi

April 30, 2016

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah memberi ucapan.

ASAJAYA: Kerjasama yang erat yang telah lama terjalin diantara rakyat dan Kerajaan Barisan Nasional patut dikukuhkan untuk memperhebatkan lagi kesejahteraan rakyat.

Ketua Cawangan PBB Asajaya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, ketika berucap di Kampung Asajaya Ulu petang tadi, berkata telah banyak kemajuan dan pembangunan dalam pelbagai aspek yang dihasilkan daripada kerjasama yang erat ini.

Gerak Gempur PBB N15 Asajaya

Beliau kemudiannya menambah kerjasama ini, yang sudah terbukti memberi manfaat kepada rakyat, sepatutnya dipereratkan lagi.

Abdul Karim berkata kemajuan yang ada di Bahagian Samarahan, termasuk Asajaya, sukar untuk dilakukan sekiranya rakyat tidak memberi sokongan dan kerjasama terhadap usaha-usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Gerak Gempur PBB N15 Asajaya
Beliau menambah Kerajaan Barisan Nasional telah melakukan perancangan untuk memajukan lagi kawasan Asajaya dan memerlukan sokongan yang kuat untuk melaksanakan perancangan.

Beliau turut menggesa ahli-ahli PBB supaya memperkukuhkan solidariti bagi menguatkan lagi jentera pilihanraya parti.

Abdul Karim ialah calon Barisan Nasional untuk kerusi DUN Asajaya. -@ybkarimsays

No comments:

Post a Comment