Thursday 28 April 2016

Kemenangan besar untuk bukti DUN Asajaya kubu kuat BN

April 28, 2016

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah memberi
taklimat.
ASAJAYA: Barisan Nasional perlu mendapat kemenangan yang besar di DUN Asajaya untuk membuktikan kepada pihak lawan bahawa DUN Asajaya adalah kubu kuat Barisan Nasional.

Ketua Cawangan PBB Asajaya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, dalam taklimatnya kepada ahli jawatankuasa ranting PBB di Bilik Gerakan Logistik malam tadi, berkata kejayaan memenangi kerusi DUN Asajaya tidak memadai sekiranya kemenangan tersebut tidak disertai dengan jumlah majoriti yang besar.

Beliau mengakui jumlah pengundi telah menurun akibat dari penyempadanan semula kawasan-kawasan DUN di Sarawak.


Walau bagaimanapun, beliau berkata sokongan yang kuat keatas Barisan Nasional masih boleh dicerminkan melalui peratusan majoriti yang diperolehi.

Abdul Karim, yang merupakan calon Barisan Nasional untuk kerusi DUN Asajaya, juga melahirkan harapannya agar ahli-ahli PBB akan berkempen secara berhemah bagi mengelak wujudnya pandangan serong terhadap parti.

Beliau berdepan dengan calon PKR Abang Junaidi Abang Gom dalam pilihanraya negeri ke-11 yang akan berlangsung pada Mei 7 depan. -@ybkarimsays






No comments:

Post a Comment