Friday 22 April 2016

Jangan bersaing untuk dapatkan jemaah

April 22, 2016

ASAJAYA: Ahli Majlis Tertinggi PBB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menggesa ahli jawatankuasa masjid dan surau agar tidak bersaing untuk mendapatkan jemaah.

Beliau berkata persaingan seumpama itu tidak sihat dan boleh memberi impek negatif keatas perpaduan ummah.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyerahan Surau Darul Jannah di Kampung Tambirat pagi tadi.

Walau bagaimanapun, ujar beliau lagi, ini tidak bermakna ahli jawatankuasa masjid dan surau tidak melakukan sebarang aktiviti untuk mengimarakkan masjid dan surau mereka.

Abdul Karim juga mengucapkan terimakasih kepada keluarga yang sudi mewakafkan tanah untuk mendirikan Surau Darul Jannah.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang. -@ybkarimsays
 

No comments:

Post a Comment