Sunday 30 August 2015

Kerajaan Sarawak beri perhatian serius terhadap isu penyambungan elektrik dan air

Ogos 30, 2015

SEPAKAT MEMBAWA BERKAT: Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bersama-sama Shamsudin Antek (dua dari kiri) dan Tuan Haji Mahmudin Kadir memotong riben.


Datuk Abdul Karim, diiringi Shamsudin
Antek (kiri), berjalan ke gelanggang
futsal
ASAJAYA: Kerajaan Negeri Barisan Nasional dibawah kepimpinan Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem memberi perhatian serius terhadap isu penyambungan elektrik dan air di Sarawak.

Atas sebab itu, menurut Menteri Muda Perumahan dan Belia Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, telah ada perbincangan dengan pihak yang terbabit mengenai inisiatif-inisiatif yang boleh diambil untuk melicinkan mekanisme menyalurkan perkhidmatan penyambungan elektrik dan air.

Beliau berkata proses penyambungan elektrik dan air tidak semudah yang dianggap oleh sesetengah pihak memandangkan ia membabitkan Kerajaan Persekutuan.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah sedang
mendengar penerangan tentang gelanggang
futsal dari Tuan Haji Mahmudin Kadir
"Masalah penyambungan elektrik dan air sudah menjadi satu isu yang harus ditangani seberapa segera di Sarawak.

"Bahkan (Datuk Patinggi) Tan Sri Adenan Satem sendiri yang memaklumkan kepada saya bahawa isu ini diberi keutamaan yang paling tinggi.

"Sekiranya ia (keseluruhan proses) hanya melibatkan kerajaan negeri Sarawak, mungkin mudah untuk diatasi.

"Malangnya, ia turut membabitkan Kuala Lumpur," kata beliau ketika berucap di Majlis Perasmian Gelanggang Futsal dan Peyampaian Hadiah di Kampung Naie Baru semalam.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah sedang
mendengar penerangan tentang gelanggang
futsal dari Tuan Haji Mahmudin Kadir
Abdul Karim menambah proses penyambungan yang tidak licin ini bukannya berpunca dari hubungan yang tidak intim diantara Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan kerana kedua-dua belah pihak sentiasa mempunyai hubungan yang amat baik.

Beliau berkata ia berpunca daripada kelemahan dalam mekanisme menyalurkan perkhidmatan penyambungan.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah
menandatangani plak perasmian gelanggang futsal
Atas sebab itu, beliau menyeru individu-individu yang masih menunggu penyambungan elektrik atau air ke rumah mereka agar bersabar.

Abdul Karim, yang juga merupakan ADUN Asajaya, berkata kerajaan negeri sedang berusaha untuk mempercepatkan proses penyambungan elektrik dan air untuk kesejahteraan rakyat.

Menyentuh mengenai pembangunan di Kampung Naie Baru, beliau percaya ia hanya mampu dilakukan melalui kesepakatan yang tinggi dikalangan penduduk kampung.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah ikut serta
'bertandak lamak'
Beliau berkata tanpa kesepakatan diantara penduduk kampung, adalah sukar untuk membawa pembangunan masuk ke kampung.

"Rebutlah peluang-peluang yang ada untuk membangunkan kampung anda agar seiringan dengan pembangunan di kampung-kampung lain yang berdekatan," katanya kepada penduduk kampung yang menghadiri majlis.

Menyentuh mengenai pilihanraya negeri, Abdul Karim meminta pengundi dari Kampung Naie Baru agar memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada wakil rakyat yang baru untuk mereka.

Sebahagian daripada Big Bikers yang mengiringi
Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah ke Kampung
Naie Baru
Beliau berkata akibat dari persempadanan semula kawasan pilihanraya, Kampung Naie Baru akan berada dalam kawasan DUN Muara Tuang.

"Saya merasa sedih tetapi terpaksa menerima hakikat bahawa dalam politik, kita tidak boleh terbawa-bawa dengan kesedihan seperti ini.

"Harapan saya ialah berikanlah sokongan kepada calon kita sebagaimana sokongan yang diberikan kepada saya dan Puan Rubiah Wang (Ahli Parlimen Kota Samarahan)," kata Abdul Karim.

Seorang gadis menyemat bunga dibaju Datuk Karim Rahman Hamzah sejurus selepas ketibaan beliau
Datuk Abdul Karim Rahmah Hamzah disambut oleh kumpulan hadrah
Kanak-kanak Kampung Naie Baru turut menyambut ketibaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah
Sebahagian daripada penduduk Kampung Naie Baru yang menghadiri majlis
Sebahagian daripada Big Bikers yang mengiringi Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah ke Kampung Naie Baru
Sebahagian daripada Big Bikers yang mengiringi Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah ke Kampung Naie Baru
Dua orang hakim pertandingan bertandak lamak sedang membuat demonstrasi
Kumpulan gendang dari Kampung Tambirat
Dua kanak-kanak turut menyertai Pertanding Bertandak Lamak
Dua kanak-kanak turut menyertai Pertanding Bertandak Lamak
Bergambar bersama Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah selepas selesai majlis
Bergambar bersama Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah selepas selesai majlis
Bergambar bersama Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah selepas selesai majlis
Bergambar bersama Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah selepas selesai majlis

UPACARA PENYAMPAIAN HADIAH

  
















No comments:

Post a Comment