Monday 3 August 2015

270 bekas pelajar, keluarga Alumni STAR berhimpun

August 3, 2015


KUCHING: Seramai 270 bekas pelajar dan keluarga Alumni SMK Tunku Abdul Rahman (STAR) hadir pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri 2015 di Dewan Hikmah, Petra Jaya di sini, semalam.

Hadir memeriahkan majlis tersebut Menteri Muda Pembangunan Belia Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yang mewakili Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Dalam ucapannya, Abdul Karim mengucapkan tahniah atas penganjuran majlis penuh meriah itu dan mengumumkan peruntukan peribadi berjumlah RM5,000 kepada pihak penganjur.

“Saya berasa bangga hadir pada hari ini (semalam) dan syabas diucapkan kepada anda semua.

“Selain menyambut Hari Raya, majlis ini dapat mempertemukan kembali rakan-rakan sekolah yang lama… dan inilah konsep ‘old classman’ kerana semua yang hadir dapat bertemu semula dan mengetahui perkara yang berlaku,” jelasnya pada majlis anjuran Persatuan Old STAR itu.

Tambahnya, STAR telah melahirkan ramai graduan dan menjadi kebanggaan masyarakat Melayu dan negeri ini.

“STAR melahirkan ramai graduan dan menjadi antara sekolah paling lama iaitu sebelum merdeka lagi (tahun 1963),” katanya.


Sehubungan itu, beliau berharap para bekas pelajar sekolahnya akan menjadikan acara sebegini sebagai tradisi serta berusaha untuk mengumpul lebih ramai bekas pelajar serta rakan guru yang lama.


“Tradisi dan majlis seperti ini diharap dapat diteruskan sampai bila-bila dan dijadikan contoh kepada anak-anak masa kini,” jelasnya.

Antara aktiviti yang diadakan pada majlis tersebut termasuk persembahan sajak dan yanyian lagu raya.

Hadir sama isteri beliau Datin Zuraini Abdul Jabbar, Presiden Alumni STAR Salmah Ibrahim dan pengerusi pengelola Rosli Samad.

Turut hadir Cikgu Wan Zain Tuanku Madihi dan Abang Nawawi Abang Drahman serta isteri masing-masing.

No comments:

Post a Comment